Monday 23 January 2012

~ AHAD, AHAD, AHAD ~~



Tiada yang lain hanya DIA
DIA yang kau puja-puja
Ahad! Ahad! Ahad!
Lidahmu mengatur kalimat
meluruskan hati menjuruskan tekad
bahang mentari pun mengalah
disimba aliran sebuah syahadah
daripada Sayidina Bilal Bin Rabah


Dulu kau seorang hamba
datang Islam kau merdeka
dulu kau dipandang hina
datang Rasul kau mulia
Ahad! Ahad! Ahad!

Terlupa mata oleh kilat hitammu
bila hati disambar hebat imanmu
kaulah pewaris ketulusan rasa
pada setiap melodi dan kata
di setiap azan yang bergema!

Tak sudi kau jejaki bumi Madinah
selepas kewafatan rasulullah
tak daya kau azan lagi di Masjid Nabawi
selepas Muhammad teah pergi...
bukan kerana jemu
bukan kerana benci
Ahad! Ahad! Ahad!

Tetapi kerana hatimu muda terusik
oleh imbauan kenangan lalu
sewaktu Rasul bersama-samamu

Tika saat sakarat kian mendekat
bening matamu titis peluhmu
kuntum senyuman kau hulurkan 
kerabat terdekat kehairanan

Kenapa duhai Bilal?
Perlahan kau bisikkan:
"kematian ini bakal menemukan 
antara aku dengan Rasul pilihan.."

Ahad! Ahad! Ahad!
Kembaralah kau ke syurga
kerana Rasul pernah berkata
derap kasutmu telah kedengaran disana!

~satu nukilan daripada buku  DIMANA DIA DIHATIKU~




2 comments: