Saturday 4 February 2012

##@@ AKU ADA 4 ORANG ISTERI @@##

Aku seorg businessman yang punya empat isteri. Sudah rezeki, terima saja =). Di kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Marilah baca lagi.....

Kumulakan dengan isteri yang tersayang. Siapa lagi , kalau bukan isteri keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang aku cinta. Kalau aku letih, dialah yang selesaikan semua kerja yang libatkan tenaga. Dia adalah pujaanku yang aku jaga dan dambakan kasihnya.

isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya. Dialah yang paling cantik. Wajahnya amat memikat sesiapa saja melihatnya. Pandai berhias dan bergaul di majlis-majlis. Jika ke majlis-majlis penting sama ada urusan perniagaan atau perhubungan, dialah yang temaniku. OHHH, tersa bangga dalam hati setiap kali kenalkannya pada teman-teman. Seraut wajah tenang dan tutur katanya begitu manis kelihatan!

Isteri keduaku tidak kurang hebatnya. Walau tidak secantik dan betenaga seperti isteri ketiga dan keempat tetapi punya akal yang cerdas. Dia sangat pintar dalam menyelsesaikan sebarang masalah. Jika aku buntu dalam menyelesaikan sebarang masalah, dialah yang menjdai tempat rujukku. Ada saja buah fikirannya untuk selesaikan. Terasa sungguh bertuah... dia sering berada di sisiku ketika berhadapan dengan apa jua masalah.
Aduhai.. ini pula... isteriku yang pertama. rupa tak ada. Fikiran?? Di tahap biasa-biasa saja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. bak melukut di tepi gantang, kata orang. hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur dia tidak kisahwalaupun aku jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua..dah tak ada selera!

Hidupku riang dan ceria sehiggalah suatu hari, tiba-tiba badanku lemah. Pandanganku terasa berpinar-pinar. dan akhirnya, aku jatuh terjelepok sewaktu melangkah keluar dari satu mesyuarat di pejabat. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki, tangan dan badanku tidak dapat bergerak lagi, Ya ALLAH apa sakitku??...

Doktor datang dan berkata perlahan, "Maaf tuan saya terpaksa berterus terang."

Aku mendengarnya dengan penuh gementar.

"Tuan diserang barah ditahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan rapi, umur tuan boleh hidup paling lama dua bulan. Tapi, ajal maut ketentuan ALLAH. Banyakkan berdoa mudah-mudahan Allah makbulkan. Dari sudut perubatan, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan mengambil ubat penahan sakit!"

Aduh... bagai disabar halilintar mendengar kenyataan itu! Aku akan pergi buat selama-lamanya? Benarkah apa yang kudengar sebentar tadi?

Mujurlah mulut ini masih boleh bicara. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama yang ku temui tentulah isteri tersayang- isteri keempat, isteri harapanku.

"Sayang, sayang tahukan abang akan pergi tak lama lagi, sudi tak sayang mati bersama abang? Untuk menemani abang di alam barzakh?" tanyaku perlahan sambil meramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

"Bang, soal mati jangan buat gurau. Abang pun tau saya muda lagi. Takkanlah abang nak saya mati sama? Abang perlu faham situasi saya, kalau abang mati relakanlah saya teruskan kehidupan baru dengan lelaki lain.

terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanyauntuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada langsung rasa ragu yang dapat kubaca daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda siapa yang tidak mau!

Apabila isteri ketiga memasuki runag kamar, aku masih mampu melontar sisa senyuman yang tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seerti biasa. Aduhai... alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti. "Darling, abang akan pergi selamanya..""Ya abang, saya sangat sedih bayangkan hidup tanpa abang disisi," balasnya bersama tangisan. 

Ha...ada harapan ni, bisikku dalam hati."Darling, sudikah temani abang di barzakh nanti sebagai bukti cinta kita?" Aku menduga hatinya. Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak merenungku. Spontan, lehernya yang jinjang juga menggeleng-geleng perlahan.

"Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tapi masa abang hidup saja. bila abang mati saya perlu teruskan hidup. Selain dari harta yang abang wariskan, kecantikan inilah aset saya teruskan kehidupan yang masih panjang."

Ohhh...kau  juga serupa! Alangkah seksanya memikirkan kecantikanmu yang akan dinikmati lelaki lain. Harapanku hancui berderai.

Ya, isteri kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu masalah ini juga mampu diselesaikannya. "Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang"tanyanya sebaik kami bertentang mata."Ya sebab kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal!""SAya akan membantu sedaya upaya untuk selesaikan masalah abang dengan lancar.."" Dengan lancar...??"Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan. Perniagaan abang pun dah saya semak semua hutang piutangnya. Insyaallah perniagaan dapat diteruskan. Abang jangan risau. Batu nisan yang mahal dah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid solat jenazah juga telah saya tentukan. Abang jangan takut, semua saya dah uruskan,"

"Bukan itu maksud abang, itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut bersendirian di alam kubur. Berilah jalan penyelesaiannya. Sekian lama kau dapat selesaikan semua masalah abang, sekarang tolonglah abang macam biasa.""Apa masalahnya bang? "Sudikah kau temani abang di alam kubur?"
Isteriku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur lebur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapai-kapai sendirian untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepi hati dan ngerinya nanti.

Tiba-tiba ...Tuk!Tuk!Tuk!. Bunyi pintu diketuk."Assalamualaikum bang'" Ahh...terlupa pula aku masih puya satu lagi isteri-isteri pertama!Isteri tua yang tidak boleh kusandarkan apa-apa harapan, jauh sekali untuk menyuntik sebarang semangat buatku."Waalaikumussalam,"Jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan, yang sering aku pinggirkan sudi menemaniku.

"terima kasih kerana abang masih sudi jumpa saya," katanya sebaik bersalaman. Hambar dan tawar aku rasakan. tiada langsung rasa kasih saynag dihati in  buat seorang isteri sepertinya. Dia merenung mataku. Matnanya bersinar jernhih da ketenangan tidak tercabut dari cahaya pandanagn walau usianya lanjut. "Abang, saya sanggup temani abang. kemana saja, dimana juga. Saya sanggup temani abang sekalipun  terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup temani abang di alam kubur!"

Huh..alangkah gembiranya hatiku! Rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Terharu rasa hati ini dengan keikhlasannya. ternyata dialah isteri sejati. Ahh, mengapakah aku buta selama ini???

SAUDARA saudari, siapa "aku" dalam cerita ini? siapa lagi kalau bukan kita. Kitalah yang punya empat "isteri". Isteri keempat ialah JASAD DAN TUBUH kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Oleh itu, dia kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum serta dilindungi daripada sebarang penyakit.

Kita sayng sangat "isteri keempat" ini. Masa, harta dan perhatian kita dihabiskan sepenuhnya untuk membelai fizikal dan anggota badan kita. jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.


Isteri ketiga kita pula ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga? Itu yang sering kita fikirkan. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah dan simpanan meningkat, kita belikan aset. Kita beli kereta besar, rumah cantik, serta kelengkapan serba canggih.



Apabila berhadapan dengan tetamu yang datang bertandang, kita bangga memperagakan rumah, kereta dan segala aset pencarian kita. Segala-galanya menghadiahkan status sosial dan meningkatkan darjat kita di mata masyarakat. Ironis sekali, seolah-olah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat kita. Pada merekalah tempat kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jumpa dan raikan dalam kehidupan. Hidup akan sepi tanpa mereka disisi.


Isteri pertama ialah amal ibadat kita kepada ALLAH. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan, bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat, tunggu usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk habluminallah(hubungan dengan ALLAH) dan habluminannas(hubungan sesama manusia) sering tidak mendapat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti"isteri tua" yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

namun, akan tiba masa nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana "isteri" yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apkah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah malangnya kesepian pada malam pertama di alam kubur sana tanpa "isteri"yang sudi mendakap kita??(ADAPTASI DARI SALAH SATU KISAH DIMANA DIA DIHATIKU)







 Al-’Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar .............








Friday 3 February 2012

~~DIMANA DIA DIHATIKU~~



Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. TanpaNya, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiawa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.

Orang yang cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingatiNya. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayatNya. Andai cinta dan takut ALLAH ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.

Di mana Dia Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redhaNya. Sesungguhnya ALLAH itudekat, pintu kebenaranNya lebih luas dari pintu kemurkaanNya.

Buku ini sesuai untuk kita baca, dan setiap bingkiasan yang diceritakan sangat menusuk hati bagi pembaca, disetiap pengajaran cerita itu kita akan sedar sejauh mana hubungan kita dgn ALLAH selama ini, dan betapa indahnya kurniaan yang Allah beri, hanya mata hati kita tidak mampu melihat dengan jelas...

Dan yang sangat menarik di setipa akhir satu kisah pasti ada puisi yang sungguh indah dibaca =)

P/S: Di manakah Dia di hatiku?? fikirkan bersama wallahua'lam

Monday 23 January 2012

~ AHAD, AHAD, AHAD ~~



Tiada yang lain hanya DIA
DIA yang kau puja-puja
Ahad! Ahad! Ahad!
Lidahmu mengatur kalimat
meluruskan hati menjuruskan tekad
bahang mentari pun mengalah
disimba aliran sebuah syahadah
daripada Sayidina Bilal Bin Rabah


Dulu kau seorang hamba
datang Islam kau merdeka
dulu kau dipandang hina
datang Rasul kau mulia
Ahad! Ahad! Ahad!

Terlupa mata oleh kilat hitammu
bila hati disambar hebat imanmu
kaulah pewaris ketulusan rasa
pada setiap melodi dan kata
di setiap azan yang bergema!

Tak sudi kau jejaki bumi Madinah
selepas kewafatan rasulullah
tak daya kau azan lagi di Masjid Nabawi
selepas Muhammad teah pergi...
bukan kerana jemu
bukan kerana benci
Ahad! Ahad! Ahad!

Tetapi kerana hatimu muda terusik
oleh imbauan kenangan lalu
sewaktu Rasul bersama-samamu

Tika saat sakarat kian mendekat
bening matamu titis peluhmu
kuntum senyuman kau hulurkan 
kerabat terdekat kehairanan

Kenapa duhai Bilal?
Perlahan kau bisikkan:
"kematian ini bakal menemukan 
antara aku dengan Rasul pilihan.."

Ahad! Ahad! Ahad!
Kembaralah kau ke syurga
kerana Rasul pernah berkata
derap kasutmu telah kedengaran disana!

~satu nukilan daripada buku  DIMANA DIA DIHATIKU~




Saturday 21 January 2012

~Khas untuk Lelaki~



Setelah selesai membaca hasil coretan Ustaz Pahrol ni, rasanya hati lebih tenang..walau ia catatan hati bagi lelaki..sebagai wanita juga sesuai untuk kita baca,,hehe lari tajuk plak..

sebenarnya nak beritahu kaum adam ni, pastikanlah anda miliki buku ini..sgt menarik,menyentuh perasaan,,sesungguhnya hati anda akan lebih mendalami kehidupan seorang muslim,,
ia mengajar bagaimana peristiwa2 sebagai seorang lelaki yang dari mula hidupnya bergelar seorang anak, suami, dan ayah...

sgt menarik dan tidak sia2 memilikinya..=)

 "CARILA YANG LUAR BIASA DARI BUKU-BUKU BIASA INI"

SOLAT~~~


Mama selalu pesan, solatlah lepas dengar azan berkumandang.. jangan lewatkan solat..segerakanlah ia..
mama saya selalu ingatkan Allah tidak saja2 menetapkan waktu2 bagi kelima-lima solat fardhu pada hambaNya.. Allah telah tetapkan solat subuh pada awal fajar..solat zohor di waktu matahari sedang memancar , solat asar ketika matahri mula redup solat maghrib ketika senja matahri terbenam, dan solat isyak di waktu perawalan malam..semuanya dah ditetapkan waktu?KENAPA? knp tak dibiarkan je kita solat kelima2 fardhu itu bile2 masa dalam seharian mengikut kesukaan kita?mama bertanya..lalu mama memberikan jwpn ketika anak2nya masing2 diam menunggu jawapan..

Mama tersenyum lalu berkata, 'Allah nak menguji hamba-hambaNya adakah disiplin dalam bersolat. Allah mahu lihat siapa yang sanggup tggalkan urusan dunia demi kewajipan sbg khalifah Islam dbumi yang sementara. Allah nak lihat hamba2Nya ini lebih mencintaiNya atau mencinta dunia yang fana ini, Mama juga meningatkan kami Solat itu tiang Agama..tanpa solat runtuhla ia..maksudnya tanpa solat hilanglah keperibadian kita sebagai umat Islam.. sebab itulah hati kita penuh asad dengki dan gembira bila melakukan kemaksiatan, resah bila melakukan kebaikan..renung2kanlah wahai sahabat sekalian =)

Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”
 
( Bukhari )

Sunday 15 January 2012

SUCI SEKEPING HATI






Sekeping hati dibawa berlari
jauh melalui jalanan sepi
jalan kebenaran indah terbentang
di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
tak akan selmanya sunyi
ada ujian yang datang melanda
ada perangkap menunggu masa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap
pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
bagai merindu rembulan ditengah siang
jalannya tak seindah sentuhan mata
pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..














Permulaan Kata ~~

Salam perkenalan semua...
da lama x update entry, now dgn hati yang tenang dan rasa syukur, mula terdetik nak tulis blog..
InsyaAllah blog ni akan dipenuhi dgn peristiwa2 yang boleh dijadikan teladan,
 perkenalan buku-buku yang boleh jadi pendamping dalam hidup kita untuk meneruskan langkah kehadapan dgn lebih baik..
semua yang berlaku dalam hidup kita hanyalah Ujian Allah untuk menguji cinta kita sbg hamba padaNya, jadi tidak perlu mengeluh mahupun bersedih kerana airmata meratapi kesedihan peristiwa lalu hanyalah pembaziran lebih baik kita manfaatkan tangisan air mata kita bila waktu sepertiga malam tahajud kepadaNya dan mengenang dosa-dosa lalu ketika bertaubat..
sesungguhnya Allah menyayangi hamba yang mencintaiNya lebih dari keduniaan..
(^,^)
ALLAH SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT, KERANA MEREKA KEMBALI DAN MENGADU HANYA KEPADA-NYA <3