Saturday 4 February 2012

##@@ AKU ADA 4 ORANG ISTERI @@##

Aku seorg businessman yang punya empat isteri. Sudah rezeki, terima saja =). Di kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Marilah baca lagi.....

Kumulakan dengan isteri yang tersayang. Siapa lagi , kalau bukan isteri keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang aku cinta. Kalau aku letih, dialah yang selesaikan semua kerja yang libatkan tenaga. Dia adalah pujaanku yang aku jaga dan dambakan kasihnya.

isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya. Dialah yang paling cantik. Wajahnya amat memikat sesiapa saja melihatnya. Pandai berhias dan bergaul di majlis-majlis. Jika ke majlis-majlis penting sama ada urusan perniagaan atau perhubungan, dialah yang temaniku. OHHH, tersa bangga dalam hati setiap kali kenalkannya pada teman-teman. Seraut wajah tenang dan tutur katanya begitu manis kelihatan!

Isteri keduaku tidak kurang hebatnya. Walau tidak secantik dan betenaga seperti isteri ketiga dan keempat tetapi punya akal yang cerdas. Dia sangat pintar dalam menyelsesaikan sebarang masalah. Jika aku buntu dalam menyelesaikan sebarang masalah, dialah yang menjdai tempat rujukku. Ada saja buah fikirannya untuk selesaikan. Terasa sungguh bertuah... dia sering berada di sisiku ketika berhadapan dengan apa jua masalah.
Aduhai.. ini pula... isteriku yang pertama. rupa tak ada. Fikiran?? Di tahap biasa-biasa saja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. bak melukut di tepi gantang, kata orang. hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur dia tidak kisahwalaupun aku jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua..dah tak ada selera!

Hidupku riang dan ceria sehiggalah suatu hari, tiba-tiba badanku lemah. Pandanganku terasa berpinar-pinar. dan akhirnya, aku jatuh terjelepok sewaktu melangkah keluar dari satu mesyuarat di pejabat. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki, tangan dan badanku tidak dapat bergerak lagi, Ya ALLAH apa sakitku??...

Doktor datang dan berkata perlahan, "Maaf tuan saya terpaksa berterus terang."

Aku mendengarnya dengan penuh gementar.

"Tuan diserang barah ditahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan rapi, umur tuan boleh hidup paling lama dua bulan. Tapi, ajal maut ketentuan ALLAH. Banyakkan berdoa mudah-mudahan Allah makbulkan. Dari sudut perubatan, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan mengambil ubat penahan sakit!"

Aduh... bagai disabar halilintar mendengar kenyataan itu! Aku akan pergi buat selama-lamanya? Benarkah apa yang kudengar sebentar tadi?

Mujurlah mulut ini masih boleh bicara. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama yang ku temui tentulah isteri tersayang- isteri keempat, isteri harapanku.

"Sayang, sayang tahukan abang akan pergi tak lama lagi, sudi tak sayang mati bersama abang? Untuk menemani abang di alam barzakh?" tanyaku perlahan sambil meramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

"Bang, soal mati jangan buat gurau. Abang pun tau saya muda lagi. Takkanlah abang nak saya mati sama? Abang perlu faham situasi saya, kalau abang mati relakanlah saya teruskan kehidupan baru dengan lelaki lain.

terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanyauntuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada langsung rasa ragu yang dapat kubaca daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda siapa yang tidak mau!

Apabila isteri ketiga memasuki runag kamar, aku masih mampu melontar sisa senyuman yang tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seerti biasa. Aduhai... alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti. "Darling, abang akan pergi selamanya..""Ya abang, saya sangat sedih bayangkan hidup tanpa abang disisi," balasnya bersama tangisan. 

Ha...ada harapan ni, bisikku dalam hati."Darling, sudikah temani abang di barzakh nanti sebagai bukti cinta kita?" Aku menduga hatinya. Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak merenungku. Spontan, lehernya yang jinjang juga menggeleng-geleng perlahan.

"Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tapi masa abang hidup saja. bila abang mati saya perlu teruskan hidup. Selain dari harta yang abang wariskan, kecantikan inilah aset saya teruskan kehidupan yang masih panjang."

Ohhh...kau  juga serupa! Alangkah seksanya memikirkan kecantikanmu yang akan dinikmati lelaki lain. Harapanku hancui berderai.

Ya, isteri kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu masalah ini juga mampu diselesaikannya. "Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang"tanyanya sebaik kami bertentang mata."Ya sebab kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal!""SAya akan membantu sedaya upaya untuk selesaikan masalah abang dengan lancar.."" Dengan lancar...??"Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan. Perniagaan abang pun dah saya semak semua hutang piutangnya. Insyaallah perniagaan dapat diteruskan. Abang jangan risau. Batu nisan yang mahal dah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid solat jenazah juga telah saya tentukan. Abang jangan takut, semua saya dah uruskan,"

"Bukan itu maksud abang, itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut bersendirian di alam kubur. Berilah jalan penyelesaiannya. Sekian lama kau dapat selesaikan semua masalah abang, sekarang tolonglah abang macam biasa.""Apa masalahnya bang? "Sudikah kau temani abang di alam kubur?"
Isteriku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur lebur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapai-kapai sendirian untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepi hati dan ngerinya nanti.

Tiba-tiba ...Tuk!Tuk!Tuk!. Bunyi pintu diketuk."Assalamualaikum bang'" Ahh...terlupa pula aku masih puya satu lagi isteri-isteri pertama!Isteri tua yang tidak boleh kusandarkan apa-apa harapan, jauh sekali untuk menyuntik sebarang semangat buatku."Waalaikumussalam,"Jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan, yang sering aku pinggirkan sudi menemaniku.

"terima kasih kerana abang masih sudi jumpa saya," katanya sebaik bersalaman. Hambar dan tawar aku rasakan. tiada langsung rasa kasih saynag dihati in  buat seorang isteri sepertinya. Dia merenung mataku. Matnanya bersinar jernhih da ketenangan tidak tercabut dari cahaya pandanagn walau usianya lanjut. "Abang, saya sanggup temani abang. kemana saja, dimana juga. Saya sanggup temani abang sekalipun  terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup temani abang di alam kubur!"

Huh..alangkah gembiranya hatiku! Rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Terharu rasa hati ini dengan keikhlasannya. ternyata dialah isteri sejati. Ahh, mengapakah aku buta selama ini???

SAUDARA saudari, siapa "aku" dalam cerita ini? siapa lagi kalau bukan kita. Kitalah yang punya empat "isteri". Isteri keempat ialah JASAD DAN TUBUH kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Oleh itu, dia kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum serta dilindungi daripada sebarang penyakit.

Kita sayng sangat "isteri keempat" ini. Masa, harta dan perhatian kita dihabiskan sepenuhnya untuk membelai fizikal dan anggota badan kita. jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.


Isteri ketiga kita pula ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga? Itu yang sering kita fikirkan. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah dan simpanan meningkat, kita belikan aset. Kita beli kereta besar, rumah cantik, serta kelengkapan serba canggih.



Apabila berhadapan dengan tetamu yang datang bertandang, kita bangga memperagakan rumah, kereta dan segala aset pencarian kita. Segala-galanya menghadiahkan status sosial dan meningkatkan darjat kita di mata masyarakat. Ironis sekali, seolah-olah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat kita. Pada merekalah tempat kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jumpa dan raikan dalam kehidupan. Hidup akan sepi tanpa mereka disisi.


Isteri pertama ialah amal ibadat kita kepada ALLAH. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan, bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat, tunggu usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk habluminallah(hubungan dengan ALLAH) dan habluminannas(hubungan sesama manusia) sering tidak mendapat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti"isteri tua" yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

namun, akan tiba masa nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana "isteri" yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apkah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah malangnya kesepian pada malam pertama di alam kubur sana tanpa "isteri"yang sudi mendakap kita??(ADAPTASI DARI SALAH SATU KISAH DIMANA DIA DIHATIKU)







 Al-’Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar .............








1 comment: